Beza Material T-shirt

 Hai.. bersama saya lagi hari, Manager Creeper Creative iaitu salah satu syarikat terbesar pengeluaran baju korporat seantero Malaysia.. Haaa, boleh tak macam tu...?

Sesiapa yang meneliti blog saya semalam, saya ada menjelaskan tentang material baju korporat. Dan hari ini saya akan memberi sedikit info kedapa anda tentang material baju t-shirt pula.

Ramai yang tahu, baju T-shirt ini baju yang biasa kita pakai di rumah dan tidak nampak formal pun, tapi dengan hadirnya baju t-shirt, anda semua cepat bersiap untuk ke mana-mana sahaja. Betul tak?

Bukan hanya itu, sekarang pun sudah banyak kedai-kedai yang menjual  baju t-shirt dengan pelbagai design-design yang menarik.

Oleh sebab itu, kita juga perlu memilih kain dan material yang sesuai untuk di pakai mengikut kesesuaian tempat yang nak di tuju.

Ok, di sini ada 5 jenis kain yang sangat popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian termasuklah Creeper Creative sendiri.

1) Tetra Cotton (TC 26) - Kain tetra cotton ni selalunya untuk yang nak t-shirt dalam lingungan bajet rendah. Jenis kain ini sangatlah meluas digunakan untuk baju muslimah, t-shirt tadika, and t-shirt sekolah. Kain jeins ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh tetapi ia adalah material yang tahan lama sebab susah nak kembang. 


2) Cotton 100% - Kain jenis ni yang paling best dan material yang mendapat sambutan paling menggalakan sebab ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain 100% cotton ni sangat lembut dan selesa bila dipakai tapi jenis kain ni ada sikit kekurangan iaitu kain ni cepat mengembang.




3)  CVC/PK/Lacoste - Material jenis kain ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ni kurang sikit meresap peluh tapi lebih lembut dari kain Tetra Cotton. Sangat sesuai untuk baju berkolar sahaja dan juga amatlah sesuai dijadikan t-shirt formal. 


4) Micro Fibre - Kain jenis ni amat selesa dipakai dan biasanya digunakan untuk aktiviti sukan atau aktivi luar. Mostly orang akan gunakan jenis ni untuk buat jersi. Kain ni mahal dari kain Tetra Cotton, Lacoste & Cotton 100% sebab bahan digunakan untuk kain ini sangat lah mahal and berkualiti tinggi. Yelaa... jenis kain untuk aktiviti lasak mesti nak yang paling baik kualiti kainnya.

5) Cotton Interlock Untuk jenis kain ni pula, ia memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan optimum kepada sesiapa yang memakai baju atau t-shirt dari material ini. Kain cotton interlock ni lebih tebal, lembut tapi tak panas dan harganya sedikit mahal daripada jenis kain yang saya sebutkan tadi. Biasanya kain ini menjadi pilihan ramai yang tidak berkira tentang harga sebab mementingkan tahap keselesaan serta kualiti.

Hmm, macam mana? Dapat info dari penceritaan saya di atas? Dapat kan......
Jadi, boleh la anda pilih  material t-shirt yang sesuai untuk anda pakai.

Bye..Assalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

Baju Korporat KPJ

Delivery Status Notification (Failure)

Delivery Status Notification (Failure)